Monday, 25 July 2016

KAEDAH BASIC UNTUK SERVIS PENYAMAN UDARA JENIS UNIT PISAH

Pengujian dan penyelenggaraan bahagian “Cooling Coil”.









Cooling coil atau lebih dikenali sebagai penyejat berfungsi untuk menyerap kandungan haba yang terdapat pada sesuatu ruang. Jika kecekapan berkurangan, jumlah haba tidak dapat dikeluarkan dari ruang berkenaan dengan sempurna. Ini akan menyebabkan ruang berkenaan tidak dapat dinyamankan oleh unit penghawa dingin. Selain itu juga, masalah yang mungkin timbul pada bahagian penyejat akan menyebabkan keselesaan penggunaan tidak dapat diwujudkan.



















Pengujian dan penyelenggaraan bahagian “Condensing Unit”.










Condensing unit berperanan untuk menyingkirkan haba yang diperangkap oleh evaporator. Haba ini disingkirkan melalui medium udara yang dihasilkan oleh kipas penghembus. Jika lapisan fin condensing diliputi oleh bendasing, kadar penyingkiran haba terbabit akan berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan keupayaan unit penghawa dingin berkenaan akan terjejas. Diantara sintom-sintom yang berlaku ialah tekanan bahagian discharge akan meningkat. Seterusnya pemampat akan mengalami beban lampau. Untuk membersihkan sirip/fin berkenaan, terdapat dua kaedah yang dicadangkan iaitu:-

1 Pancutan Air bersih
2 Semburan Aircond Coil Cleaner

BAHAN PENDINGIN

BAHAN PENDINGIN


Bahan pendingin digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin bertukar bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas dalam keadaan tekanan tinggi.
Nama- nama lain bagi bahan pendingin adalah refrigerant, Freon, fron , genetron, isotron, dan neon. Nama- nama ini digunakan berdasarkan Negara- Negara yang menggunakannya.

FUNGSI BAHAN PENDINGIN

Bahan pendingin merupakan bahan yang mudah mendidih pada tekanan yang rendah. Oleh sebab itu, bahan ini dicipta supaya ia berfungsi semata- mata untuk menyerap haba. Takat didih bahan pendingin berbeza- beza antara satu jenis dengan jenis yang lain, oleh itu penggunaannya juga berbeza-beza antara satu sistem dengan sistem yang lain sama ada secara komersial ataupun domestik.


SIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGIN

Cecair yang digunakan untuk bahan pendingin mestilah mempunyai sifst-sifat seperti yang berikut:
  • Tidak beracun
  • Tidak meletup
  • Tidak berkarat atau menghakis
  • Tidak mudah terbakar
  • Mudah mengesan sesuatu kebocoran
  • Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah
  • Merupakan gas yang stabil
  • Bahagian- bahagian yang dilalui oleh bahan pendingin mestilah mudah dilincirkan.
  • Tidak berbau tengik.
  • Mempunyai isipadu cecair yang tinggi.
  • Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
  • Mempunyai isipadu gas yang rendah untuk mengurangkan sesaran pemampat.
  • Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk meningggikan keupayaan mampatan.
Sifat-sifat di atas hendaklah diambil kira untuk memilih bahan pendingin yang baik bagi sistem penyejukan dan penyamanan udara.


JENIS-JENIS BAHAN PENDINGIN

Terdapat beribu-ribu jenis bahan pendingin yang dicipta dan digunakan dalam proses penyejukan dan penyamanan udara. Pada kebiasaannya symbol R digunakan bagi menunjukkan jenis bahan pendingin yang terdapat di seluruh dunia. Jenis bahan pendingin dinyatakan dengan nombor disamping simbol tersebut

SIMBOL NAMA KIMIA FORMULA KIMIA

R 11 Trikloromonofluorometana CCl3F
R 12 Diklorodifluorometana CCl2F2
R 21 Dikloromonofluorometana CHCl2F
R 22 Monoklorodifluorometana CHClF2
R 40 Metilklorida CH3Cl

R 500 Campuran azeotropik
R 12 + R 15a CCl2F2 + CH3CHF2
( 73.8% + 26.2%)

R 502 Campuran azeotropik
R 11 + R 115 CCl2F + CClF2CF3
(48.8% + 51.2%)

R 717 Ammonia NH3
R 718 Air H2O
R 744 Karbon dioksida CO2
R 764 Sulfur dioksida SO2

Terdapat 3 kumpulan bahan pendingin:
a) Kumpulan 1- bahan pendingin paling selamat
Contoh: R 11, R 12, R 22, R 500, R 502, R 718, R 744

b) Kumpulan 2 – bahan pendingin yang beracun atau tengik
Contoh: R 717, R 40, R 764, R 1130 (dikloroetana)

c) Kumpulan 3 – bahan pendingin yang mudah terbakar
Contoh : R 600 (butane – C4H10)
R 290 (propane – C3H3)

KITARAN ASAS YANG TERDAPAT DALAM SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKAN.

KOMPONEN DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS

Di dalam kitar penyejukan asas, terdapat beberapa komponen- komponen asas. Antaranya ialah:

a. Pemampat
  • Pemampat merupakan komponen yang terpenting dalam kitar penyejukan. Digunakan untuk proses mampatan haba dan bahan pendingin kepada tekanan tinggi.
  • Terdapat empat jenis atau kelas pemampat yang digunakan pada masa kini:
  • Pemampat salingan
  • Pemampat putar
  • Pemampat empar
  • Pemampat skru

b. Penyejat
  • Satu komponen dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara yang digunakan untuk proses penyerapan haba dan menghasilkan kesejukan pada ruang atau bilik. Terdapat nama-nama lain bagi penyejat iaitu gelung penyejuk, unit penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair.
  • Terdapat 2 jenis penyejat:
  • Penyejat jenis pengembangan kering
  • Penyejat jenis banjir

c. Pemeluwap
  • Pemeluwap merupakan komponen pembuangan haba yang diserap di dalam penyejat dan dimampatkan di dalam pemampat. Haba disingkirkan ke dalam satu medium di luar system penyejukan atau penyamanan udara. Dengan penyingkiran haba, wap bahan pendingin, wap bahan pendingin yang panas akan bertukar kepada cecair panas.
  • Terdapat 3 jenis pemeluwap yang biasa digunakan:
  • Pemeluwap dingin-udara
  • Pemeluwap dingin-air
  • Pemeluwap bersejat

d. Injap pengembang atau peranti permeteran
  • Komponen ini digunakan untuk mengawal kadar aliran bahan pendingin dalam kitar penyejukan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair bertekanan tinggi perlu dikurangkan tekanannya agar kuantiti sebenar operasi pada takat maksimum keupayaan sistem dapat dicapai tanpa beban berlebihan di dalam pemampat.
  • Terdapat enam jenis peranti permeteran:
  • Injap pengembang thermostat
  • Injap pengembang automatik
  • Tiub rerambut
  • Injap apung bahagian rendah
  • Injap apung bahagian tinggi
  • Injap tangan

e. Tangki simpanan atau penerima
  • Digunakan sebagai tempat penyimpanan sementara bahan pendingin sebelum mengalir masuk ke dalam injap pengembang.

Jenis-Jenis Penyaman Udara.

  • FLOOR STANDING
  • ROOF TOP
  • WATER HEATER
  • MINI CHILLER
  • HIGH STATIC DUCTED
  • CEILLING EXPOSED
  • WALL MOUNTED
  • CEILLING CASSETE
  • CEILLING COUNCEALED
  • WINDOWS UNIT

Sejarah Awal Penyaman Udara.


Penyejukan iaitu Perindustrian menyimpan makanan mula menjadi kepentingan perdagangan pada kurun ke 18. Penemuan awal Penyejukan di mana ais yang didapati di kolam atau tasik pada musim sejuk di potong dan disimpan di bilik yang berpenebat kemudian di gunakan pada musim panas. Pada tahun 1834 seorang jurutera Amerika iaitu Jacub Perkins telah mencipta sejenis alat pembuatan ais yang kemudiannya tercipta sistem pemampatan.

Pada tahun 1855 seorang jurutera German memperkenalkan alat Penyejukan Penyerapan ( absorbtion system ) berdasarkan oleh Micheal Faraday pada tahun 1824 ( sistem Pengewapan ). Pengeluaran ais buatan menjadi penting pada tahun 1890 apabila ais asli mula berkurangan, sejak itu pertumbuhan industri Penyejukan Mekanikal bertambah.

Pada tahun 1913 J.M Larsen mengeluarkan sistem Penyejukan Mekanikal dengan kawalan manusia. Kemudian pada tahun 1918 Kelvinator mengeluarkan Peti Sejuk automatik untuk pasaran Amerika sahaja. Pada tahun tersebut juga 67 unit telah di jual dan antara tahun 1918 dan 1920 sebanyak 200 unit juga telah terjual.

Unit Penyejukan jenis Hermatik atau seal yang pertama di perkenalkan oleh General Electric pada tahun 1928. Alat tersebut dinamakan Monitor Top. Pada tahun 1927 Electrolux mengeluarkan sistem Penyerapan automatic. Penyejukan automatik iaitu Penyamanan udara untuk keselesaan manusia atau haiwan di dapati pada tahun 1927. Pada awal 1930 Penyamanan udara Automobil meluas digunakan. Selepas 1940 semua unit Penyejukan yang dikeluarkan adalah jenis tertutup dan sistem berkeupayaan besar juga mula di buat dan digunakan. Pada masa sekarang penemuan-penemuan industri Penyejukan dan Penyamanan udara yang menabjubkan telah meluas di keluarkan dan di gunakan. Hampir semua syarikat yang terlibat pada masa kini memikirkan bagaimana untuk mengurangkan penggunaan arus elektrik dan memberi keupayaan yang lebih kepada pengguna.